Seorang penghantar makanan, Ahmad Farhan Othman (32 tahun), dipercayai mengalami serangan jantung akibat keletihan melampau selepas bekerja 12 jam sehari. Beliau meninggal dunia tanpa sejarah penyakit jantung, meninggalkan isteri dan tiga anak kecil.
Sebelum ini, Ahmad Farhan sempat viral di TikTok selepas menerima tip RM50 daripada seorang pempengaruh, di mana reaksinya yang penuh kesyukuran menyentuh hati ramai.
Menurut isterinya, Nursuziliana Mohd Johari, suaminya bekerja sebagai rider & pemandu penghantaran barang untuk menampung keluarga lima beranak. Bedah siasat mendedahkan saluran jantungnya tersumbat 75%, dipercayai akibat kerja berlebihan.
💔 Jadual Kerja Harian:
✅ 7:30 pagi – 10:00 pagi – Menghantar makanan.
✅ 10:00 pagi – 5:00 petang – Menghantar barang berat.
✅ 5:00 petang – 8:00 malam – Sambung hantar makanan.
Kini, isterinya terpaksa memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak seorang diri. Walaupun tiada pesanan terakhir, suaminya pernah berpesan agar keluarga saling menjaga.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisi cing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut abore et dolore magna

Copyright @ 2025 BeritaBoom. All Rights Reserved.
Ikuti Kami